Petunjuk demi petunjuk muncul, tetapi setiap satu menuntut pilihan yang mungkin menyebabkan dia selamat, sesat atau mati!
Manap ada pilihan sama ada:
- Abaikan klu dan jalani hidup seperti biasa, atau
- Bongkar kebenaran dan nyawa jadi taruhan.
Lebih menegangkan lagi, bukan Manap yang menentukan nasib dirinya, tetapi anda yang membaca dan memegang kunci jalan ceritanya. Adakah anda cukup berani untuk melangkah masuk ke dunia penuh misteri dan konspirasi Mistiq?
Salleh Kausari adalah penulis pelbagai genre termasuk puisi, cerpen, novel dan buku buku fiksyen, kisah kehidupan, cinta dan seram.
Pemenang hadiah utama anugerah manuskrip terbaik Mycreative Ventures Writers Unleashed pada tahun 2014 dengan novel interaktif seram misteri berjudul Misteri Mimpi Yana.
Pemenang hadiah saguhati Pertandingan Menulis Cerpen Putrajaya-DBP dengan tema “Putrajaya Tahun 2050”.
Beberapa cerpen telah disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita.
Beberapa karya novel telah diterbitkan termasuk trilogi Sumpahan Ling Chi (Sumpahan Ling Chi, Ophelia dan Rose of Orient) dan Ghost Writer.
Berkolaborasi dengan beberapa penulis lain menerusi karya Teksi (Kisah Seram Malam Jumaat 4), Flor De La Mar (Projek Seram Pulau), Sayang Syaqila (Projek Seram Toys), Petualang (Projek Seram Gunung), 7 Permintaan (Projek Seram Telaga), Alfian dan Dunia Misterius (Projek Thriller Vape), Potret Syaputra (Projek Thriller Ubat) dan Takdir Cinta Ikhwan (Projek Cinta Pilot).