Nasib Arman kini bergantung kepada anda. Adakah anda mampu membuat pilihan yang tepat bagi merungkai misteri lif tingkat 13 dan apa yang telah berlaku kepada Arman?
Salleh Kausari adalah penulis pelbagai genre termasuk puisi, cerpen, novel dan buku buku fiksyen, kisah kehidupan, cinta dan seram.
Pemenang hadiah utama anugerah manuskrip terbaik Mycreative Ventures Writers Unleashed pada tahun 2014 dengan novel interaktif seram misteri berjudul Misteri Mimpi Yana.
Pemenang hadiah saguhati Pertandingan Menulis Cerpen Putrajaya-DBP dengan tema “Putrajaya Tahun 2050”.
Beberapa cerpen telah disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita.
Beberapa karya novel telah diterbitkan termasuk trilogi Sumpahan Ling Chi (Sumpahan Ling Chi, Ophelia dan Rose of Orient) dan Ghost Writer.
Berkolaborasi dengan beberapa penulis lain menerusi karya Teksi (Kisah Seram Malam Jumaat 4), Flor De La Mar (Projek Seram Pulau), Sayang Syaqila (Projek Seram Toys), Petualang (Projek Seram Gunung), 7 Permintaan (Projek Seram Telaga), Alfian dan Dunia Misterius (Projek Thriller Vape), Potret Syaputra (Projek Thriller Ubat) dan Takdir Cinta Ikhwan (Projek Cinta Pilot).