Melalui penulisan ini, penulis cuba menghimpunkan pandangan pelbagai kepercayaan manusia tentang roh, kehidupan dan kematian, sebagai satu bentuk perbandingan dan renungan. Namun akhirnya, pembaca akan dibimbing kembali kepada pandangan Islam yang lengkap, jelas dan penuh rahmat.
Semoga buku ini menjadi teman renungan, bukan hanya ketika bersedih, tetapi sepanjang perjalanan hidup.
Ini supaya setiap diri memahami hakikat serta tujuan hidup nya di Dunia ini, dan supaya tidak meratapi kematian seolah sesuatu yang menakutkan.
Rayyan Hakim percaya bahawa ramai manusia takut akan kematian bukan kerana kematian itu sendiri, tetapi kerana mereka tidak pernah dibimbing untuk memahaminya dengan tenang.
Melalui penulisan, beliau berharap dapat membantu pembaca mendekati kehidupan dengan lebih sedar, melembutkan ketakutan, dan berjalan menuju kepulangan dengan hati yang reda.