Bukan Roommate Biasa

The Chapter Bookstore
3 reviews
Ebook
301
Pages

About this ebook

Nurul Ayraa sering bermimpi tentang Daris Fahim. Tak kenal siapa Daris Fahim, tetapi...

wajah itu sering muncul dalam mimpinya. Dahlah mimpi sebagai isteri kontrak, mimpi

tu pula bersambung-sambung seperti sebuah drama.

 

“Aku nikah kan dikau, Daris Fahim bin Fahmi dengan Nurul Ayraa binti Naim

dengan mas kahwinnya sebanyak RM120.00 tunai.”

“Aku terima nikah Nurul Ayraa binti Naim dengan...”

 

Nurul Ayraa dikejutkan lagi... apabila lelaki yang bernama Daris Fahim menelefonnya

mencari rumah untuk disewa selama sebulan. Tak pasal... gara-gara salah nombor itu,

Nurul Ayraa menjadi petunjuk arah. Sehinggalah, Nurul Ayraa menjadi petunjuk arah ke arah

pejabatnya sendiri. Rupa-rupanya, Daris Fahim merupakan juruaudit

luar yang akan bertugas di syarikatnya selama sebulan. Mujurlah Nurul Ayraa tak pernah

beritahu Daris Fahim, siapa nama penuhnya. Kalau tak, kantoilah Nurul Ayraa!

 

Banyak kali Nurul Ayraa cuba menyelamatkan keadaan, akhirnya... penyamarannya

terbongkar juga.

 

“Nama siapa?”

“Mama saya pesan, jangan cakap nama kita dekat strangers!”

“Okey, nama abang Daris. Abang ni kawan ucu.”

 “Eh, Daris? Nama boyfriend ucu! Oh... ini Daris boyfriend ucu eh yang telefon hari tu kannn?”

Muka Daris terus berubah.

Aku...

Dah warna hijau dah!

“Cik ucu? Cik ucu tu awak ke Ayraa?”

 

Melalui Daris Fahim, Nurul Ayraa mendapat tahu bahawa orang-orang yang muncul

di dalam mimpinya itu... sebenar-benarnya wujud. Pelik juga Nurul Ayraa, mengapa dia terlibat

dalam kisah cinta tiga segi antara, Daris, tunangnya Sophie yang merupakan bekas kekasih Haris

dan Haris, kawan baik Daris yang sebenarnya sudah pun meninggal dunia.

 

“Mungkin saya ditakdirkan... bukan untuk bagi idea kat awak... tapi, untuk membantu

awak cari idea. Haaa...”

 

Adakah mimpi Nurul Ayraa itu adalah untuk membantu Daris Fahim dan Sophie,

ataupun menyatukan Daris Fahim dan Nurul Ayraa?

 

Ada dua pilihan selepas kita bangun dari tidur, satu... tidur semula dan mimpi yang

indah-indah atau dua, bangun dan mengejar mimpi itu menjadi kenyataan!


Nurul Ayraa sering bermimpi tentang Daris Fahim. Tak kenal siapa Daris Fahim, tetapi... wajah itu sering muncul dalam mimpinya. Dahlah mimpi sebagai isteri kontrak, mimpi tu pula bersambung-sambung seperti sebuah drama. “Aku nikah kan dikau, Daris Fahim bin Fahmi dengan Nurul Ayraa binti Naim ...

Discover more

Ratings and reviews

3 reviews
Tie Fatiemah
December 20, 2025
best!!!
Did you find this helpful?

About the author

Syamnuriezmil merupakan seorang penulis prolifik yang dikenali menerusi karya-karya bergenre cinta dan komedi romantik. Namanya mula melonjak apabila sebahagian besar novelnya diadaptasi ke drama dan filem, menjadikan beliau antara penulis yang paling berpengaruh dalam dunia penulisan kreatif. Berkelulusan dalam bidang kewangan dari UiTM, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum beralih sepenuhnya kepada dunia penulisan. Di sebalik kejayaan kerjayanya, Syamnuriezmil juga merupakan pesakit kronik yang menghidap kegagalan buah pinggang dan menjalani rawatan hemodialisis seumur hidup. Cabaran hidup tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan memberi inspirasi kepada pembaca.

Syamnuriezmil merupakan seorang penulis prolifik yang dikenali menerusi karya-karya bergenre cinta dan komedi romantik. Namanya mula melonjak apabila sebahagian besar novelnya diadaptasi ke drama dan filem, menjadikan beliau antara penulis yang paling berpengaruh dalam dunia penulisan kreatif. Be...

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.