“Kau nak ke mana? Kau cakap pasal mati, kau siap...”
Namun, aku tak pernah tahu yang dalam diam Suci telah menyediakan banyak kejutan termasuk sepucuk surat terakhir untuk aku.
Malangnya... Surat terakhir daripada dia tu dah hilang!
“Bacalah al-Fatihah tujuh kali... manalah tahu surat tu muncul.”
Hatta 700 kali aku baca bukan surat tu yang muncul...
Tapi cinta yang tak mungkin!
“Jatuh cinta memang mudah, yang sulitnya... memilih orang yang tepat!”
Ah, adakah dia tu kejutan daripada Suci?
Atau... Sekadar cinta yang tak mungkin?
SYAMNURIEZMIL merupakan seorang penulis prolifik yang dikenali menerusi karya-karya bergenre cinta dan komedi romantik. Namanya mula melonjak apabila sebahagian besar novelnya diadaptasi ke drama dan filem, menjadikan beliau antara penulis yang paling berpengaruh dalam dunia penulisan kreatif. Berkelulusan dalam bidang kewangan dari UiTM, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum beralih sepenuhnya kepada dunia penulisan. Di sebalik kejayaan kerjayanya, Syamnuriezmil juga merupakan pesakit kronik yang menghidap kegagalan buah pinggang dan menjalani rawatan hemodialisis seumur hidup. Cabaran hidup tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan memberi inspirasi kepada pembaca.