This Is the Police ialah sebuah permainan strategi/pengembaraan yang berlatarkan sebuah kota yang sedang menuju kehancuran. Sebagai Ketua Polis Jack Boyd yang tegas, anda akan terjun ke dalam kisah jenayah dan komplot yang penuh debaran. Adakah Jack akan sempat bersara dengan simpanan wang yang lumayan, atau adakah dia akan berakhir dengan kehancuran... atau lebih buruk lagi?
Ciri-ciri:
✔ Misi anda jelas: dapatkan $500,000 dalam masa 180 hari sebelum Jack Boyd bersara. Bagaimana? Segala-galanya bergantung kepada anda!
✔ Keputusan demi keputusan! This Is the Police berkisar tentang kisah gelap dan bagaimana anda bertindak balas terhadapnya. Apa jua keputusan anda akan mempengaruhi permainan – dan nasib Jack Boyd.
✔ Yang Baik, yang Jahat, dan... yang Jelik? Ketua Jabatan Polis Freeburg berurusan dengan pelbagai jenis manusia. Terpulang kepada anda untuk mencari penjenayah dan memutuskan cara untuk menangani mereka.
✔ Jalankan tugas anda. Sebagai ketua PD Freeburg, Jack menghadapi pelbagai cabaran setiap hari: menjawab panggilan kecemasan, menguruskan pegawai, mempertahankan jabatan daripada pengaruh dewan bandaraya serta datuk bandar yang korup, dan banyak lagi.
✔ Selesaikan siasatan dan kumpul bahan bukti terhadap kumpulan penjenayah di Freeburg.
✔ Berurusan dengan kuasa-kuasa yang bersaing di bandar tersebut. Semua pihak menawarkan pertolongan, namun setiap pertolongan ada harganya.
✔ Kisah yang kaya dengan lakonan suara penuh: Jack Boyd dilakonkan oleh Jon St. John, suara di sebalik watak legenda Duke Nukem.
© 2026 THQ Nordic Mobile
Jadi ketua polis dalam kisah jenayah dan komplot yang mendalam!
Dikemas kini pada
1 Okt 2025
*Dikuasakan oleh teknologi Intel®